Posted by
NORAINI
comments (0)
Muhammad Afkar Adham aka Tocik
Dia adalah sebahagian dari hidup saya. Sangat comel dan sangat manja. Panggilan tocik kakak saya yang beri. Kalau saya memang tak la. Mempunyai gigi 4 batang dan sangat kuat menangis. Dia adalah diantara yang paling besar jika dibandingkan dengan abang dan kakaknya. Sangat senang menjaganya. Tidaklah pula suka meragam. Tidaklah pula banyak karenahnya. Rambutnya sangat perang. Comel ke? Biasa je. Cuma hidungnya tidaklah seperti saya. Jika dilihat ketika tanpa ketawa agak besar sedikit. Tetapi saya sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan 3 orang anak walaupun adakalanya saya sangat garang.
Terima Kasih Ya Allah kerana engkau mengurniakan cahaya mata kepadaku dan melengkapkan hidupku.
Terima Kasih Ya Allah kerana engkau mengurniakan cahaya mata kepadaku dan melengkapkan hidupku.
Posted by
NORAINI
comments (0)
Azizah Mohd Khan Aka Mak
Ini adalah Azizah Binti Mohd Khan. Beliau bukan sebarangan orang kerana berketurunan KHAN. Saya perlu menyelidik salasilah keluarga saya mengapa saya tidak seiras orang dinegara Go Head Gostan atau Pakistan sedangkan atuk saya bernama KHAN. Dengan gaya yang menawan adakah anda dapat meneka siapakah gerangan wanita yang memakai shawl yang di supply oleh anaknya bersama inner syria dengan tampil begitu anggun. Beliau adalah ibu kepada saya aka darling kepada abah saya. Beliau adalah superb mum.
Sempena hari ibu yang bakal menjelma , saya ingin mengucapkan kepada semua ibu-ibu diluar " Selamat Hari Ibu @ Happy Mothers Day.
Pengorbanan yang diberi tidak ada tolok bandingnya. Selalu menjadi sumber inspirasi dan ilham kepada saya. Kini saya sudah merasa bahagianya menjadi ibu.
Posted by
NORAINI
comments (0)
This blog just for fun. Supersimple mum. Wah, superb sangat la. Blog ini adalah blog ke-3 hasil dari saya sendiri. Coretan biasa. Ibu muda kepada 3 anak. Yang sangat suka bercakap, makan dan membuat kerja mendatangkan hasil pada keluarga even sekarang pun bukan fulltime mum at home. Bekerja adalah kesukaan saya. Mencari pendapatan lebih adalah sesuatu yang harus. Anak bongsu dari 6 beradik. Kakak ramai, abang satu dan saya yang bongsu. Detail ke? Wakakaka... kenali penulis sebelum entry seterusnya.
Saya? Yang dahulunya adalah sebesar cili padi dan sekarang sudah membesar sebesar cili benggala. Tidak kisahlah jika orang bercakap seperti tong gas bergerak. Janji hidup bahagia. AAK- Ada aku kisah. Life saya pergi and balik kerja seperti ibu-ibu yang lain. Bezanya saya masih mencari-cari kerja yang agak stabil. Sambil membuat online business. Itulah adalah saya.